
SCHEDULE(Not include private/corporate events)
スケジュール(プライベート&企業イベント等を除く)
2025
6.28
SAT
Konsert Barbarik 'Pentas Peluru Cokelat'
Barbarik
- 時間
- [START] 20:30 ※現地時間
- チケット販売
- 問い合わせ
- Anggerik Events
-
Ini adalah konsert utama kumpulan BARBARIK selepas kelahiran album sulung mereka, PELURU COKELAT pada Oktober 2024.
Konsert ini dijangka akan memperluaskan pengaruh BARBARIK dalam arena muzik rock Malaysia sebagai sebuah kumpulan baru tapi dengan tahap kematangan yang tinggi. Baru hanya pada nama, tetapi BARBARIK dibarisi oleh legenda rock yang telah berada dalam industri muzik mencecah 40 tahun. Setiap persembahan pentas BARBARIK sebelum ini mendapat sambutan hangat. Persembahan kemas dan bertenaga mereka menjadi bualan hingga meyakinkan pihak penganjur untuk mempersembahkan BARBARIK ‘PENTAS PELURU COKELAT’ sempena kelahiran album sulung mereka.
Penonton akan berpeluang menghayati rendisi lagu lagu baru dan lama, gandingan legenda muzik rock Muss dan Jobranko berserta Rozaimi, Ainol dan pemuzik undangan mereka dalam sebuah persembahan selama 2 jam ini. Dijangka sebanyak 18 hingga 20 buah lagu akan dimainkan di pentas. Penonton juga akan dibawa melewati garis masa era 1980an dan 1990an dengan lagu lagu malar segar dalam segmen ‘Retro Akustika’ bersama barisan gitaris undangan iaitu Karl Cromok, Shah Slam, Ujang Gitar, Muzza dan semestinya Jobranko, diiringi oleh 8 orang barisan ‘string octet’